ORGANization & ORGANize…

ORGANization & ORGANize

Bila tgk2 balik perkataan ORGANIZATION & ORGANIZE ni, maka aku terfikir knpa bangsa Inggeris (French jgk) meletakkan perkataan ORGAN utk mmbentuk perkataan yg lain maksudnya… ORGANIZATION = pertubuhan dan ORGANIZE = tersusun/teratur. Jd aku nk analogikan tajuk ni dgn tubuh seorang manusia.

Al-kisah tubuh seorng manusia…

Kalau tubuh seorng manusia itu trdiri dgn pelbagai organ2 yg mmpunyai peranan tersendiri dan mnjadikan manusia itu “normal dan perfect”. Cthnya jantung yg beranatomikan 4 ruang (2 atria dan 2 ventrikel) berfungsi utk mengepam darah ke seluruh bdn. X cukup dgn itu, darah2 perlu melalui peparu sbagai “filter udara” dan juga secara x langsung peparu menerima bekalan darah drpd jantung. Oksigen2 yg secukupnya perlu dibekalkan oleh peparu kpd jantung utk berfungsi.

“Control center” kpd semua ini secara saintifiknya adalah otak. “Signal2″ yg seoptima mgkn perlu utk memastikan jantung, peparu dan juga organ2 lain berfungsi sepenuhnya. Tp adkah “control center” ni boleh brfungsi sendiri2? Jwpnnya tentulah tidak… otak pula memerlukan darah dan gas2 yg secukupnya. Kalau x bleh jd TIA(transient ischaemic attack), stroke, koma dan mgkn… mati!!!

Kalau nk dihuraikan satu persatu organ, x payahlah aku tulis tajuk lain dlm blog ni, ianya terlalu bnyk(mgkn bleh buat versi2,3…). Hati(liver) sbgai “penyahtoksik”, buah pinggang sebagai “water filter”, tulang2 sbgai “konkrit” dan lain2. Setiap organ ni ada fungsi. Dan x lupa juga setiap organ ni saling sinergi dan “tolong-menolong”. Kalaulah xde 2 perkara ni maka mgkn “cacat/kurang upaya” manusia itu (x bermaksud menghina).

Dalam tubuh manusia, komponen yg kita nmpak kecil juga sbnarnya memainkan peranan yg sgt besar. Cthnya seperti bulu(roma, kaki tgn, dada etc) memainkan peranan penting dlm 1st line defensive. Tp malangnya, ada yg cukur bulu2 yg x boleh dicukur semata2 nak jd “cantik”(termasuklah doktor2).

ORGANization(pertubuhan)…

Utk bab ni, aku guna contoh organisasi di hospital2. Kt hospital bkn shj ada nurse dan doktor. Malah ada drebar ambulans, security, management, janitor dll. Doktor plak ada pelbagai2 ; ada GP, surgeon, radiologist, pharmacist, pakar dlm bdng tertentu etc. Nurse pun sama ; ada yg uruskan mknan, ambik darah, agihkan ubat etc.

Bygkan hospital yg cume ada doktor2 shj, tanpa nurse, therapist, management janitor dll. Sapelah nk tolong uruskan pesakit2 kt dlm wad sdgkan doktor sumernya kt klinik. Sure kotor sungguh hospital tu sbb xde orng yg uruskan psl hygiene. Pesakit2 kna dtng sendiri kt hospital sbb xde orng nk bawak ambulans. Habis lingkup hospital tu sbb xde orng yg manage psl elektrik, air, ubat dan jugak kewangan.

Ini bermakna yg organisasi hospital ini seumpama tubuh yg memerlukan organ2 yg bkn shj secukupnya malah sebetulnya. Dan ahli2 yg ada dlm perlu saling tolong-menolong dan “sinergi” utk memastikan hospital tu “hidup sihat”. Mgkn ada yg nmpak security dan janitor bukanlah mereka yg penting tp sbnarnya banyak kepentingannya seperti yg dianalogikan sbagai bulu.

Kalaulah sumernya nk jd “control center”, x brfungsilah sbnarnya organisasi tu sbb xde “organ2″ penggerak dan pelincir. Mgkn itu salah satu sbb knapa kita kena percaya qada’ dan qadar.

ORGAN ize…

Dlam tubuh, ada sistem2 yg tersusun(GIT, CVS, Respi, Nervous etc). Kalaulah x teratur maka mgkn tubuh ni bergerak sesuka hati dan x bleh di control. Itulah sbbnya peri pentingnya sistem kehidupan yg teratur. Memastikan setiap perjalanan/pekerjaan jd mudah, boleh di control dan bergerak secara efisien.

Orng yg kelam kabut dan x organize hidupnya kbnyakkan hidup dlm keadaan stress. Akhirnya memudaratkan diri dgn rokok, alkohol, cerai, menyusahkan orng lain dan mgkn sampai ke thp bunuh diri. Organize boleh dikira sebagai salah satu sbagai survival skill yg penting x kiralah sbagai individu mahupun sebagai satu organisasi.

Kesimpulan

1. Setiap manusia ada peranan masing2 ; perancang dan penggerak.

2. Sinergi dan saling membantu adalah sgt penting dlm satu organisasi.

3.Tidak memandang rendah atau menhina orng lain ; mgkn mereka jauh lbih baik.

4. Tersusun dlm kehidupan mmbantu dlm mencapai keputusan yg efisien.

5. Manusia x bleh hidup sorng2. Orng yg selfish/sombong hidup x seronok.

6. Ingin perjuangkan ISLAM??? mn bleh sorng2… ianya perlu dlm JEMAAH(kna pilih yg btul)!!!

Wallahua’lam

6 “Dangerous” Ss…

6 “Dangerous” Ss…

Pasti ada di kalangan kita yg pernah trdgr ikisah2 berkenaan dgn 6S yg digunakan oleh rejim Yahudi utk merosakkan minda umat Islam. Jd entry kali ini sekadar utk mengingatkan kembali diri2 yg terlupa dan juga mengkhabarkan kpd mereka yg x tahu.

1. Screen

Movie2, drama2, malahan berita dan mcm2 lg yg terpapar bukan shj dikaca tv malah laptop, ipod dan kini handphone. Bukanlah nk dikatakan salah tengok tv, tp adkh tgk tv tu jd hobi? Apakah kita sekadar tgk buang masa tp kita x ambik moral of the story? Cerita2 mcm mn yg kita tgk? Kdng2 tgk berita pun kena selidik bnyk kali…

2.Song

Bukan bermakna di sini kita hnya strict bleh dgr nasyid shj, tp skrng ni nasyid pun dh jd lagu jiwang… Dgr sekadar menghiburkan diri, xnak tertidur tgh study or driving rasanye x jd masalah. Salah satu perkara yg mnjadi isu adalah bgaimana muzik2 yg isi2nya mencarut dan penuh dgn kata2 kesat sampai ada lagu yg sampai x fhm langsung ape dia nyanyi. Melebih2 konfem jd masalah jugak. Satu lg, cukuplah kita dgr lagu, x perlulah kita tergila2kan penyanyinya pulak. Bukan nk memburukkan artis2(isu cerai, pakaian etc), tp ramai lg orng2 yg bleh jd model utk berjya dlm hidup. Bak kata kumpulan Raihan, “Berhibur tiada salahnya kerna hiburan itu indah, hanya apabila salah memilihnya membuat kita jadi bersalah”.

3. Sex

Bnda ni x tau mcm mn nk elaborate. Skrng ni bnyk cerita2 dlm or luar negara semuanya menuju kpd bnda ni samada hanya dgn sekecil2 cinta monyet, cinta “sejati”, kayu tiga, dan kpd bab “itu” sendiri. Ramai jgak orng yg salah guna “khidmat” contraceptive(kondom etc) utk…

4. Style

Aku pelik zaman ni, makin sikit kain dipakai makin mahal baju tu??? Kalau tgk mcm mn pakaian2 barat yg kononnya “moden”, kalau boleh makin ketat or makin pendek baju semakin trendy thpnya. Isu ni mgkn kurng dr klngan lelaki(xde unsur seksis), tp kalau wanita2 bnda ni boleh kata thp “kronik”. Skrng pakar2 fesyen juga cuba utk me”moden”kan tudung sampailah tudung hnya skdar tudung, bukan lg aurat mnjadi tujuan(sama jugak dgn lelaki) . Kalau bab harga, ada sesetengah lelaki dan wanita sanggup ikat perut utk jd “moden”.

5. Sport

Mgkin ada yg tertanya2 apa relevannya Sport dgn rancangan yahudi ini. Snang cerita, bnyk sukan2 telah diperjudikan. Ada event2 dan kelab2 yg disponsor oleh sykt2 arak, rokok, judi etc. Pemakaian atlet dan ahli2 sukan x kurangnya(ketat2 dan pendek2). Kalau artis2 ada sesi gosip x kurang jugak dgn ahli2 sukan ni.

6. Smoke

Yg ni bnda yg paling famous skali. Kt mn2 bleh jumpe. Kalau dulu asalnya utk menghilangkan stress, tp sekarang ia melambangkan ke-macho-an, kesamsengan dan kelelakian kononnya(tu yg ramai bdk2 laki bila mengorat pompuan mereka hisap rokok kot?). Sykt2 rokok ni kbnyakkan dr pihak Yahudi dan mereka dpt hasil yg lumayan bila orng hisap rokok. Sekali hisap bukan bleh puas mcm mkn nasi, tp ketagih nk lg(kalau addict nasi tu sbb lapar). Rokok ni tanya sape2 pun tahu bnyk mudaratnya. Bnyk risk factor penyakit2 adlah rokok. Atas kotak rokok pun terpampang jelas “Merokok merbahayakan kesihatan”. Kalau kt Ireland,  “Smoke kills”.(xde plak “Merokok menambahkan ke-macho-an” / “Smoke revealed your manpower”).

Tunjukilah kami jalan yang lurus.[7] Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.[8] Surah Al-Fatihah ayat 7-8

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk yang benar”. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.[120] Surah Al-Baqarah ayat 120

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim.[51] Surah Al-Maidah ayat 51

Dan mereka (Yahudi dan Nasrani) berkata pula: “Tidak sekali-kali akan masuk Syurga melainkan orang-orang yang berugama Yahudi atau Nasrani”. Yang demikian itu hanyalah angan-angan mereka sahaja. Katakanlah (wahai Muhammad): “Bawalah kemari keterangan-keterangan yang (membuktikan kebenaran) apa yang kamu katakan itu, jika betul kamu orang-orang yang benar”.[111] Surah Al-Baqarah ayat 111

Sebenarnya bnyk lg bnda yg kita tahu tp x sedar berlaku disekelling kita. Skadar mengingatkan diri, pndai2lah dlm membuat pilihan dgn Islam sebagai dasar dan bersederhana selalu. Orng yg sifatnya sederhana selalunya bleh survive kt mn pun dia brada.

-Wallahua’lam-

Masa itu Emas???

Masa itu Emas???

Pepatah Melayu menyatakan yg Masa itu Emas… Tp pernah x kita fikir yg jika masa itu hanya sekadar dianalogikan seperti emas maka ianya boleh dipasarkan? Emas mmglah satu bhn yg hrganya x mngalami perubahan mendadak jika berlakunya krisis, tp ianya masih boleh diperdagangkan.

Org2 yg dlm kesempitan biasanya akan memajak ataupun menggadaikan emas2 milik mereka. Kalaulah masa hanya sekadar dianggap seperti emas maka kita dpt lihat bgaimana sifat org2 Melayu terutamanya trhadap masa.

1. Masa2 yg ada digadaikan dan x dihargai sepenuhnya malah kdg2 nilainya lebih rendah drpd emas yakni tidak “disimpan” sehabis baik.

2. Dlm berjanji, masa2 orng lain turut seakan “dijual-beli” ataupun “diperdagangkan” yg akhirnya memperlambatkan satu2 aktiviti.

3. Sering memandang ringan masa yg dimiliki orng lain dan hanya mementingkan “emasnya” sendiri.

4. Kalaulah kita tgk makcik2 nk penuh gelang emas atas tgn tp masanya habis dgn aktiviti yg x berfaedah. (sama jugak dgn laki)

5. Emas sifatnya x berkarat, tp ramai diantara kita masanya “berkarat” smpai hati sendiri pun berkarat.

Isunya di sini bukan nk mengatakan orng Melayu tu teruk jika dikaitkan dgn masa, tp dlm diri itu kurang unsur2 menghargai masa(sendiri apatah lg orng lain) seperti seorang MUSLIM. Cuba kita lihat msykt Jepun(yg majoritinya non-Muslim). Mereka sgt menjaga masa ; masa kerja, rehat dan juga perkhidmatan transport mereka tepat pd masa. Mgknkah hnya sbb mereka tau yg masa tu sentiasa ke dpn dan ke dpn?

Orng Jepun ada pun ada pepatah yg ala2 menyatakan Masa itu jugak mcm Emas tp lg spesifik dimana mereka nytakan yg emas pun x mampu nk beli masa. Adakah sbb pepatah2 ni yg mmbntuk peribadi??? Entahlah…

Demi Masa![1] Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -[2] Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.[3] Surah Al-Asr ayat 1-3

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amru katanya, bahawa Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang bermaksud: Ada empat perkara jika sesiapa yang mempunyai empat perkara tersebut, maka dia merupakan orang Munafik. Sesiapa yang bersifat dengan salah satu daripadanya bererti dia bersifat kemunafikan, sehinggalah dia meninggalkannya iaitu apabila bercakap dia berbohong, apabila membuat persetujuan dia khianati, apabila berjanji dia menyalahi dan apabila berlaku pertikaian dia melampaui batas. -Maksud Hadis-

Demi Masa -Raihan (klik)

“Kalaulah perjuangan bangsa yg mnjadi kebanggaan, hujungnya x sampai ke mana ; Jika Islam menjadi idola, maka kesyumulannya akan menghiasi kehidupan dunia dan akhirat, Allahu Akbar!!!”

-Wallhua’lam-

-S.A.H.A.B.A.T S.E.J.A.T.I-

-S.A.H.A.B.A.T S.E.J.A.T.I-

S - Setiakawan yang tidak mengira masa dan tempat,

A - Amanah yang dipikul bersama,

H - Hati budimu yang mulia,

A - Akhlakmu yang selalu menarik hatiku,

B - Bersama-sama mengejar cita-cita dalam susah ataupun senang,

A - Api persahabatanmu yang tidak pernah padam biarpun dalam lena,

T - Toleransi dalam setiap ketika.

S - Senyumanmu yang sentiasa menyenangkan hati,

E - Etika persahabatan Rasululullah S.A.W kau jadikan panduan,

J - Jiwamu yang selalu utuh kepada Islam,

A - Allah adalah tempat pergantunganmu dalam sehari-hari,

T - Tabahnya dirimu melayaniku,

I - Ikhlasnya dirimu dalam persahabatan.

Khas ditujukan untuk sahabat2ku sekalian. Aku masih lg meniti dan mencari erti persahabatan yg sebenar sepertimana yg Rasulullah S.A.W ajarkan kpd ummatnya melalui Sunnahnya. Semoga Allah menjauhkan kita drpd fitnah yg boleh memusnahkan persahabatan kita. Buat sahabat yg berada dikejauhan semoga Allah memberkatimu. Aku sentiasa merinduimu.

Hargailah persahabatan selagi mana ia masih berpadu. Apabila hilangnya seorng sahabat ianya sukar dicari ganti. Hargailah…..

Teman Sejati - Brothers (klik)

Untukmu Teman - Brothers (klik)

-Wallahua’lam-

“Healing & Caring”

“Healing & Caring”

Skali lg nk kongsi isi2 lecture PCP yg aku lalui dgn sahabat2 skalian. Kali ini berkaitan dgn apa sbnarnya yg dimaksudkan dgn Medicine.

“To HEAL as best as it is possible but always CARE most of the time”

Mcm tu jgak aku rasa maksud dakwah secara x rasminya. “Merawat” hati2 dan jiwa2 sehabis baik selagi mn mampu. Secara hakikatnya, x semuanya bleh “sembuh” jd disitulah ltaknya sifat kasih yg perlu sentiasa ada mengharapkan yg terbaik utk mereka. Bak bahasa perubatan, memberikan palliative care yg berterusan tanpa rasa putus asa. Sesungguhnya hidayah dan petunjuk itu dtg drpd Allah.

Bygkan seorng doktor yg prinsip dlm dirinya hnya menanggap menyembuhkan pesakit2nya sebagai satu kejayaan. Tp dia lupa yg menyembuhkan itu Allah dgn skill2 dan ilmu yg Allah kurniakan kpd doktor tersebut. Jd bagaimana jika pesakitnya meninggal? Pastilah rasa satu tamparan besar dan rasa gagal membelenggu diri. Akhirnya putus asa dgn karier sendiri dan menganggap dirinya seorang doktor yg gagal yg telah membunuh pesakitnya.

Bgitu juga seorng daei’ dlm berdakwah. Dia perlu tahu yg dia hnya menunjukkan jln dan cuba membuka hati mad’unya dgn skill2 dan ilmu2nya tp yg membuka pintu hati mad’unya adalah Allah. Selalunya expectation yg terlalu tinggi atau melampau adalah sgt merbahaya kerana ianya boleh membawa kpd putus asa jika ianya gagal dicapai.

Expectation dlm diri seorng daei’ itu perlulah diletakkan kpd kdr yg sepatutnya bergantung kpd faktor daei’ itu sendiri, persekitarannya dan cara berfikir mad’u. Ala2 doktor yg nk buat prognosis trhadap diagnosis dan treatment yg diberikan kpd group2 patient.

Pasal isu caring pulak, daei’ x bleh putus asa dgn mad’unya yg menolak terang2 pelawaannya. Apatah pula membenci mad’u tersebut dan menyisihkan mereka. Sebaliknya daei’ itu perlu rasa lebih kasih dan simpati kpd mad’unya. Sepertimana Rasulullah S.A.W dlm berdakwah dizaman baginda, dihina, dicaci malah dibaling dgn batu sehingga malaikat offer utk hancurkan penduduk Taif. Tp apa reaksi Rasulullah S.A.W? Baginda mendoakan semoga Allah memberikan hidayahNya kpd golongan yg terang2 membencinya.

Kesimpulannya, kbnyakkan kita yg menggelarkan diri sbagai daei’ hanya menjurus kpd “Healing” dan ianya pula tidak diletakkan pd tmpat yg haq. Isu “Caring” pula sering diambil lewa dan mgkn dilupakan oleh kita. Malahan ditambah pula ada yg lupa bahawa yg “menyembuhkan” adalah Allah melalui “sifat2″ yg dikurniakanNya dlm dunia dakwah.

Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.[8] Allah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka akan beroleh keampunan dan pahala yang besar.[9] Dan orang-orang yang kafir serta mendustakan ayat-ayat Kami (Al-Quran), merekalah ahli neraka.[10] Wahai orang-orang yang beriman, kenanglah nikmat Allah (yang telah dikurniakanNya) kepada kamu ketika kaum (kafir yang memusuhi kamu) hendak menghulurkan tangannya (untuk menyerang kamu), lalu Allah menahan tangan mereka daripada (menyerang) kamu. Oleh itu, bertaqwalah kamu kepada Allah; dan kepada Allah jualah (sesudah bertaqwa itu) hendaklah orang-orang yang beriman berserah diri.[11] Dan demi sesungguhnya! Allah telah mengambil perjanjian setia Bani Israil (supaya mereka menjunjung perintahNya dan menjauhi laranganNya), dan Kami telah utuskan dari kalangan mereka dua belas ketua (untuk memimpin golongan masing-masing); dan Allah berfirman (kepada mereka): “Bahawa Aku adalah beserta kamu (memerhati segala-galanya). Demi sesungguhnya jika kamu dirikan sembahyang, serta kamu tunaikan zakat, dan kamu beriman dengan segala Rasul (utusanku) serta menolong bantu mereka (dalam menegakkan ugama Allah), dan kamu pinjamkan Allah (dengan sedekah dan berbuat baik pada jalanNya) secara pinjaman yang baik (bukan kerana riak dan mencari keuntungan dunia), sudah tentu Aku akan ampunkan dosa-dosa kamu, dan Aku akan masukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai. Oleh itu, sesiapa yang kufur ingkar di antara kamu sesudah yang demikian, maka sesungguhnya sesatlah ia dari jalan yang betul”[12] Maka dengan sebab mereka mencabuli perjanjian setia mereka, Kami laknatkan mereka, dan Kami jadikan hati mereka keras membatu (tidak mahu menerima kebenaran). Mereka sentiasa mengubah Kalimah-kalimah (yang ada di dalam kitab Taurat dengan memutarnya) dari tempat-tempatnya (dan maksudnya) yang sebenar, dan mereka melupakan (meninggalkan) sebahagian dari apa yang diperingatkan mereka mereka dengannya. Dan engkau (wahai Muhammad) sentiasa dapat melihat perbuatan khianat yang mereka lakukan, kecuali sedikit dari mereka (yang tidak berlaku khianat). Oleh itu, maafkanlah mereka (jika mereka sedia bertaubat) dan janganlah dihiraukan, kerana sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalannya.[13]
Dan di antara orang-orang yang berkata:” Bahawa kami ini orang-orang Nasrani”, Kami juga telah mengambil perjanjian setia mereka, maka mereka juga melupakan (meninggalkan) sebahagian dari apa yang diperingatkan mereka dengannya, lalu Kami tanamkan perasaan permusuhan dan kebencian di antara mereka, sampai ke hari kiamat; dan Allah akan memberitahu mereka dengan apa yang telah mereka kerjakan.[14]
Surah Al-Maaidah ayat 8-14

p/s: Teruskan dakwah dgn sehabis baik. Kasihilah mereka yg “menolak” pelawaan kita. Sentiasalah mengharapkan rahmat beserta taufiq dan hidayah Allah utk semua.

-Wallahua’lam-

Professional “Da’awa” Practice…

Professional “Da’awa” Practice…

Dlm boring2 subjek PCP(Professional Care Practice) yg aku study as medic student, ada jgak bnda yg aku blajar. Salah satu bnda adalah ciri2 seorng doktor yg digariskan oleh CanMed(badan perubatan Kanada). Semua ciri2 ni kalau dihayati rupanya Rasulullah dan daei’2 sebelum ni dh pun amalkan. Ciri2nya adalah:

1. Communicator

Kalau dlm medic, bnda ni penting nk wujudkan doctor-patient relationship dan jugak meningkatkan kepercayaan dlm diri patient kpd doktor.

Mcm mn pulak dlm dakwah? Seorng daei’ kena ada communication skills jgak utk wujudkan daei’-mad’u relationship. Secara x langsung tnm kepercayaan mad’u kpd daei’ tersebut.

2. Collaborator

Mn ada doktor kerja sorng2? Mesti adanya medical team mcm team House ataupun Iryu Team Dragon(pengaruh drama). Dan nk bekerja dlm team mesti kena collaborate sesama satu sama lain. Utk bg yg terbaik dan memudahkan perjalanan dlm merawat patient.

Mcm tu jgk seorng daei’, mgkn x mustahil nk sampaikan semuanya seorng diri. Tp hakikatnya berapa bnyklah ilmu yg kita ada. Maka pergerakan secara berjemaah sgt penting dan di dlmnya mesti ada collaboration. Ragam manusia ada mcm2 dan skill daei’ pun mcm2. So, daei’ yg “terbaik” bg mad’u tersebut adalah jln terbaik.

3. Manager

Kalau tgk drama, hidup doktor ni selalunya dikaitkan dgn keserabutan. Jd profesional medic diajar utk organize kesemua perjalanan sehari2 dihospital termasuklah dokumentasi. Bekerja secara efektif dan organize sgt dianjurkan utk memberikan diagnosis, rawatan dan care yg terbaik utk patient.

Apa yg mad’u nmpak pada daei’ tu sendiri pun penting. Kalau daei’ tu seorng yg organize, maka setiap dakwahnya dlm keadaan tersusun dan x dianggap “membunuh” hidup sehari2nya. Fitnah dlm dakwah tu sendiri bleh wujud atas sbb daei’ itu sendiri. Mcm mn appearance, result(bg yg study), memilih dan mcm2 lg. Brmakna pengurusan yg baik lg efektif sgt penting utk memberikan yg terbaik utk mad’u dan dakwah itu sendiri.

4. Scholar

Belajar dan mengajar adalah cara hidup seorng medic. Ilmu perubatan sentiasa berubah2 setiap masa. Maka seorng medic perlu up-to-date. Ini bg memberikan treatment dan mempromosikan kesihatan yg juga up-to-date kpd patient.

Begitu juga daei’, ilmu pengetahuan juga perlu setiasa di update. Bukan shj ilu agama malah ilmu semasa perlu diambil kira. Maka x langsung dakwah itu sendiri akan mnjadi up-to-date dan x dianggap kolot bg sesetengah mad’u.

5. Professional

Bila mnjadi seorng doktor, secara x langsung mereka akan dianggap sbagai professional. Ini kerana penampilan, cara bekerja, etika, gaya hidup dan bnyk faktor lain yg mmbawa mentaliti msykt kearahnya.

Dlm dunia dakwah, mentaliti msykt juga perlu dianjak utk melihat seorng daei’ itu sbagai seorng yg profesional dlm bidangnya. Di zaman ini, bnyk daei’ yg terdiri drpd doktor, jurutera, peguam etc. Bukanlah bermaksud seorng ulama’ itu kolot tp ulama’ itu sendiri sudahpun dianggap tinggi kedudukannya dlm dakwah. Malah ada ulama2 besar yg mnjadi pemimpin2 yg hebat. Alangkah hebatnya jika dakwah itu suatu bidang yg profesional secara umumnya.

6. Health Advocate—> Islam Advocate

Health advocate bermaksud doktor juga bertanggungjawab memberikan servis secara terus kpd individu atau keluarga dan juga mempromosikan kesihatan dan juga fasiliti2 kesihatan kpd komuniti dan msykt.

Kalau diubah kpd konteks dakwah, daei’ perlu memberikan servis merka secara terus kpd mad’u sama ada individu mahupun berkelompok. Daei’ yg mmng bidangnya mempromosikan Islam ditambah dgn tanggungjawab menjadi fasiliti ataupun tumpuan msykt kpd Islam.

p/s: Kita hanya mampu mengajak, sesungguhnya Allah yg memberikan hidayah. Janganlah kita mudah berputus asa kerana ianya seolah2 kita berputus asa dgn Allah. Renung2kan…

Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, tetap mengucap tasbih kepada Allah; dan Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.[1] Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya![2] Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.[3] Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela ugamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.[4] Dan (ingatlah peristiwa) ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: ” Wahai kaumku! Mengapa kamu menyakiti daku, sedang kamu mengetahui bahawa sesungguhnya aku ini Pesuruh Allah kepada kamu?” Maka ketika mereka menyeleweng (dari kebenaran yang mereka sedia mengetahuinya), Allah selewengkan hati mereka (dari mendapat hidayah petunjuk); dan sememangnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang fasik - derhaka.[5]Dan (ingatlah juga peristiwa) ketika Nabi Isa ibni Maryam berkata: “Wahai Bani Israil, sesungguhnya aku ini Pesuruh Allah kepada kamu, mengesahkan kebenaran Kitab yang diturunkan sebelumku, iaitu Kitab Taurat, dan memberikan berita gembira dengan kedatangan seorang Rasul yang akan datang kemudian daripadaku - bernama: Ahmad”. Maka ketika ia datang kepada mereka membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata, mereka berkata: “Ini ialah sihir yang jelas nyata!”[6] Dan tidak ada yang lebih zalim daripada orang yang mengada-adakan perkara dusta terhadap Allah, sedang ia diajak kepada memeluk Islam; dan (ingatlah), Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang zalim.[7] Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (ugama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian).[8] Dia lah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad s.a.w) dengan membawa hidayah petunjuk dan ugama yang benar (ugama Islam), supaya Ia memenangkannya dan meninggikannya atas segala ugama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya.[9] Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?[10] Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).[11] (Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga ” Adn “. Itulah kemenangan yang besar.[12] Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya). Dan sampaikanlah berita yang mengembirakan itu kepada orang-orang yang beriman.[13]
Wahai orang-orang yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela-pembela (ugama) Allah sebagaimana (keadaan penyokong-penyokong) Nabi Isa ibni Maryam (ketika ia) berkata kepada penyokong-penyokongnya itu: “Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan ugamaNya)?” Mereka menjawab: “Kamilah pembela-pembela (ugama) Allah!” (Setelah Nabi Isa tidak berada di antara mereka) maka sepuak dari kaum Bani Israil beriman, dan sepuak lagi (tetap) kafir. Lalu Kami berikan pertolongan kepada orang-orang yang beriman untuk mengalahkan musuhnya, maka menjadilah mereka orang-orang yang menang.[14]
Surah As-Saff ayat 1-14

Sang Murabbi - Izzatul Islam (klik)

-Wallahua’lam-

Bangkitlah!!!

Bangkitlah!!!

Saudara-saudaraku,

Di zaman ini kita tumpas,

Dikeji serta dihina,

Menjadi sembelihan si keparat,

Mengapakah semua ini terjadi?

Kita ingkar pada Tuhan,

Kita lupa pada kekasihNya,

Sehinggakan Al-Quran suci,

Dipijak-dipijak oleh musuh,

Dan kita hanya mampu melihat.

Sunnah Muhammad menjadi hinaan,

Dan umatnya diangkat pengganas,

Padahal Islam itu kasih-sayang,

Agama dan maruah boleh dijual beli,

Umpama dagangan di pasaran.

Apakah kita tidak mampu melindunginya,

Ataupun kita terlalu lemah?

Wujudkah dalam jiwa kita,

Salutan jihad dan ukhwah yang tegar,

Seperti Sahabat dan tabiin,

Yang tetap gah di medan Badar, Khandak dan Uhud,

Walaupun berdepan musuh yang ramai,

Tetap berjaya mengukir sejarah di dunia silam.

Kembalilah kita kepada Allah dan RasulNya,

Kembalilah kita kepada Al-Quran dan As-Sunnah,

Hisablah kesilapan dan kelemahan kita,

Dan bersatulah di bawah panji yang satu,

Di bawah panji Allah dan Muhammad,

Untuk menang di masa hadapan.

Dengan satu ukwah yang kukuh,

Menuju ke arah satu perjuangan,

Menentukan masa depan Islam,

Marilah kita bangkit dari lena,

Buangkan rasa berputus-asa,

Tinggalkanlah segala noda dan nista,

Yang bergelumang dalam diri kita,

Berjuanglah dan berjihadlah,

Walaupun gugur di medan perang,

Kerna kita syahid atas nama Allah dan kekasihNya,

Demi kemenangan yang dijanjikan.

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!

-Wallahua’lam-

Hari Misteri

Hari Misteri

Di akhir zaman ini,

Setiap insan telah lupa pada suatu hari,

Yang di mana berhimpun semua manusia,

Dihadapan Tuhan Yang Kekal,

Di padang tandus yang bergelar Mahsyar.

Hari yang penuh dengan gelaran,

Sebagai menyatakan kedahsyatannya,

Hari yang digelar Yaumul Zalzalah,

Menyaksikan bumi itu bergoncang,

Terburai mengeluarkan segenap isinya,

Sehingga manusia bertanya sesama sendiri,

Mengapakah ini terjadi?

Hadirnya Yaumul Hisab yang misteri,

Setiap amalan menjadi perhitungan,

Di atas neraca yang bernama Mizan,

Sepertimana khabaran Tuhan,

Tidak akan terlepas sebesar zarah amalan,

Sama ada baik mahupun buruk,

Hari yang dikunci qalam setiap manusia,

Dan berkata-kata anggota yang lain,

Walaupun sehelai bulu,

Menjadi saksi perbuatan empunya diri.

Yaumul Qiamat menyaksikan,

Insan itu hanya mementingkan diri,

Terlupa pada yang pernah disayangi,

Matahari yang hanya sejengkal jaraknya,

Sehingga manusia dibanjiri peluh sendiri,

Syafaat Muhammad menjadi harapan,

Menjadi kemudahan meniti Siratul Mustaqim.

Secebis rambut yang dibelah tujuh menjadi titi,

Yang di bawahnya berada An-Narr,

Menggelegak membakar Syaitan dan berhala,

Menanti tetamunya yang munafik dan kufur,

Al-Jannah tesergam indah menanti pengunjungnya,

Yakni mereka yang takut akan TuhanNya,

Serta cinta pada RasulNya,

Berbekalkan Al-Quran dan Sunnah di dada mereka.

Namun hari ini,

Manusia terus leka,

Mengejar sesuatu yang sia-sia,

Tanpa secebis pun kebimbangan,

Tibanya hari yang penuh dengan malapetaka,

Yakni Yaumul Qaari’ah,

Yang telah menjadi khabaran,

Melalui Al-Quran dan RasulNya,

Satu-persatu menampilkan diri,

Petanda kehadiran yang misteri,

Hari yang sangat hampir,

Seakan si telunjuk dan si hantu.

Apakah apabila matahari muncul dari barat,

Barulah kita kembali kepada Tuhan?

Tidakkah manusia itu tahu,

Pintu taubat-Nya telah ditutup serapat-rapatnya,

Sedarlah wahai insan,

Ingatlah kepada Tuhan,

Dan kembalilah ke jalanNya,

Sementara masih diberi peluang,

Hidup di dunia yang sementara,

Ketahuilah Allah itu Maha Pengampun,

Lagi Maha Penerima Taubat.

“Sesungguhnya aku tidak layak ke SyurgaMu, namun tidak pula aku sanggup ke NerakaMu, terimalah setiap taubatku dan ampunilah dosa-dosaku, sesungguhnya Engkau mengampunkan dosa-dosa besar”

Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya,[1] Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya,[2] Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun); “Apa yang sudah terjadi kepada bumi?”[3] Pada hari itu bumipun menceritakan khabar beritanya:[4] Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian).[5] Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) - untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka.[6] Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)![7] Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)![8] Surah Al-Zalzalah ayat 1-8

Sesungguhnya orang-orang yang kafir dari Ahli Kitab dan orang-orang musyrik itu akan ditempatkan di dalam neraka Jahannam, kekallah mereka di dalamnya. Mereka itulah sejahat-jahat makhluk.[6] Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka itulah sebaik-baik makhluk.[7] Balasan mereka di sisi Tuhannya ialah syurga Adn (tempat tinggal yang tetap), yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; kekalah mereka di dalamnya selama-lamanya; Allah reda akan mereka dan merekapun reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Balasan yang demikian itu untuk orang-orang yang takut (melanggar perintah) Tuhannya.[8] Surah Al-Bayyinah ayat 6-8

Hari yang menggemparkan,[1] Apa dia hari yang menggemparkan itu?[2] Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari yang menggemparkan itu? -[3] (Hari itu ialah: hari kiamat), hari manusia menjadi seperti kelkatu yang terbang berkeliaran,[4] Dan gunung-ganang menjadi seperti bulu yang dibusar berterbangan.[5] Setelah berlaku demikian, maka (manusia akan diberikan tempatnya menurut amal masing-masing); adapun orang yang berat timbangan amal baiknya, -[6] Maka ia berada dalam kehidupan yang senang lenang.[7] Sebaliknya orang yang ringan timbangan amal baiknya, -[8] Maka tempat kembalinya ialah “Haawiyah”[9] Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia “Haawiyah” itu?[10] (Haawiyah itu ialah): api yang panas membakar.[11] Surah Al-Qariaah ayat 1-11

Marilah kita semua persiapkan diri kita dgn amalan. Pohonlah keampunan Allah dan bertaubatlah kepadaNya dalam setiap nafas kita.

-Wallahua’lam-

Genius, are you ready???

Genius, are you ready???

Dari Ibnu Umar R.A.

Nabi S.A.W. pernah di tanya, siapakah orang yang paling bijak wahai Nabi? Lalu Nabi S.A.W. menjawab, orang yang paling bijak adalah yang paling banyak mengingati mati dan bersedia menghadapinya.

Riwayat Ibnu Majjah.

Bila tgk balik hadis kt atas, rupanya Darragh?, Einstein, Kindaichi, Shinchi, Holmes(& mereka yg dikategorikan genius) bukanlah “genius” yg asli. Kalaulah kita dpt penuhi ciri2 yg dikatakan Rasulullah S.A.W ni ditambah jugak dgn ilmu2 lain yg kita ada maka mgkn kita dpt capai tahap “pure & totally genius”.

As a medic student yg kena dgr lecture palliative care dan medical ethics(agak bosan), aku dpt tgk mcm mn msykt sini mmndng mati itu sesuatu yg sgt mnakutkan sampai thp depress mcm hidup ni dh xde guna lg. Ada jugak yg pandang mati tu utk solve masalah “terseksa” mnghadapi penyakit yg x dpt diubati(end stage of life level) sehingga sanggup mntak utk “dibunuh” oleh doktor2 dan ahli keluarga mereka.

Tp itu semua adlah bnda yg berlaku kpd non-muslim yg pegangan mereka jauh berbeza drpd kita, seorang Muslim. Seperti para musafir, mereka akan persiapkan brg2 keperluan dan bekalan kewangan serta makanan bukan hanya sekadar secukup mgkin tp ada extra bg mengelakkan musibah. Begitulah kalau dianalogikan mati dgn bermusafir, orng yg mengingatinya akan organize sebaik mgkn serta bersedia dgn segala amal yg fardhu shj tp lebih lg dgn amal2 extra seperti perkara2 sunat dan berdakwah di jalan Allah.

Bila dikatakan mengngati mati, ramai yg merujuk kpd zuhud. Akan tetapi zaman ini, pengertian zuhud sudah disalahfaham oleh kebnyakkan Muslim sehingga berlakunya perkara2 yg melampau. Rasulullah S.A.W itu sifatnya zuhud tp ianya diletakkan pd tmpt yg haq. Baginda pernah menegur org2 yg x mahu berkahwin dan yg mahu berpuasa sepanjang tahun(hanya mahu beribadah) dgn amaran yg mereka bukan dr kalangan umat Rasulullah S.A.W.

Adakah dgn rasa takut semata2 shj kita mengingati mati? Kalau itulah caranya mgkn semua orng x berani kluar rumah atau depress setiap masa. Tp Islam itu bersesuaian dgn fitrah, setiap emosi yg kita tunjukkan boleh diaplikasikan utk mengingati mati. Rasulullah S.A.W sendiri menganjurkan kita utk senyum dgn senyuman yg ikhlas. Apabila kita ikhlas kita melakukannya kerana Allah dan jika kita selalu mengingati Allah maka kita akan tahu yg kita akan kembali kpdNya(secara x langsung kita ingat akan kematian dan bersedia dgn amal yakni senyuman itu).

Marilah Kita bersama2 mengaplikasikan setiap ilmu dan harta yg kita perolehi selama ini se-efektif mgkn kpd jln yg Allah redhai. Serta persiapkan diri kita semaksimum mgkn dlm kita meniti hari2 yg berlalu sbb semakin hari umur kita semakin singkat. Maka semakin singkatlah masa dan peluang kita utk beramal di jalan Allah. Semoga Allah meletakkan kita dikalangan orng yg memperoleh redhaNya dan juga syafaat Rasulullah S.A.W, ameen.

Sesungguhnya amal usaha kamu adalah berbagai-bagai keadaannya.[4] Jelasnya: adapun orang yang memberikan apa yang ada padanya ke jalan kebaikan dan bertaqwa (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala laranganNya), -[5] Serta ia mengakui dengan yakin akan perkara yang baik,[6] Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesenangan (Syurga).[7] Sebaliknya: orang yang bakhil (daripada berbuat kebajikan) dan merasa cukup dengan kekayaan dan kemewahannya, -[8] Serta ia mendustakan perkara yang baik,[9] Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesusahan dan kesengsaraan;[10] Dan apakah pertolongan yang dapat diberi kepadanya oleh hartanya apabila ia telah terjerumus (ke dalam azab seksa hari akhirat)?[11] Surah Al-Lail ayat 4-11

(Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata): “Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! -[27] “Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) ! -[28] “Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia -[29] “Dan masuklah ke dalam SyurgaKu! “[30] Surah Al-Fajr ayat 27-30

Rasulullah saw. bersabda bermaksud,” Janganlah seorang di antara kamu mengharapkan kematian kerana musibah yang menimpanya dan apabila dia memang harus mengharapkan, sebaiknya dia berkata: Ya Allah! Hidupkanlah aku selama kehidupan itu yang terbaik bagiku, dan matikanlah aku jika kematian itu yang terbaik bagiku.” Hadis Riwayat Anas R.A

-Wallahua’lam-

“Weight”Lifting…

“Weight”Lifting…

Bila teringat kt ex-housemate yg dh balik M’sia, teringat kt aksi2 diorng yg rajin buat weightlifting. Dgn dumbell dan mcm2 aksesori lain. Bila fikir2 balik bnda tu utk fizikal je, mcm mn dgn tarbiyyah dalaman kita. Salah satunya bnda yg setiap Muslim wajib buat yakni solat.

Kalau dumbell, salah pegang jatuh timpa kaki, Innalillah bleh jd edema atau fracture. Salah angkat maka akan mengalami muscle injury, tear dan sbagainya. Mcm tu jugak solat kalau nk dianalogikan dgn weightlifting kalau tersalah “angkat” Nauzubillah, kot2 bleh jd smpai tahap x diterima langsung(smoga Allah jauhkan.

Allah nyatakan yg solat ni sifatnya berat, bukan shj memerlukan fizikal yg sihat malah hati yg telah di”train” dgn baik. Kena “warm up” btul2 hati dan fizikal kita utk elak “cramp” dlm solat contoh teringat tntng lecture, study, makan etc. Atas sbb kekurangan inilah kita mngkin ditimpa “kecelakaan”(semoga Allah jauhkan. Utk orng2 yg selalu angkat berat mgkn bg mereka bnda tu mnjadi sesuatu yg mudah atau ringan. Untuk solat, kekuatan hati untuk khusyuk dan fokus sepenuhnyalah yg Allah nyatakan akan mnyebbkan solat itu ringan(bukan bermaksud kita memandang ringan tentang solat).

Dr aspek hati Allah menekankan di dlm Al-Quran yg khusyuk adalah sgt penting. Rasulullah S.A.W mengajarkan yg hati yg selalu mengingati mati mnjadi satu cara utk khusyuk. Perasaan riak dan berbangga2 dgn ibadat kita juga perlu menjadi satu subset dlm “latihan” cara2 utk mnanganinya. Kalaulah dgn dumbell2 yg diangkat tu sasarannya utk mendpt six-pack maka ianya dijalankan dgn “tertib dan tartil”, kalau tidak hanya penat mengangkat berat shj. Spatutnya itulah yg berlaku dlm solat, Rasulullah S.A.W memberi amaran yg kebnyakan orng yg solat hnya beroleh penat disebabkan kelalaian.

Semasa berjemaah pulak, Rasulullah ajar supaya meluruskan dan merapatkan saf. Tp apa yg berlaku skrng, lantai2 masjid yg dh ada line pun orng xleh nk ikut. Kdng2 tu space utk sorng tu bleh muat utk sorng lg(tamak btul). As the conclusion, kita sama2 muhasabah diri kita , sama ada cukupkah persediaan kita untuk menanggung “berat”nya solat. Semoga Allah meletakkan kita termasuk dikalangan orng2 yg khusyuk.

“Solat itu lg berat dari mengangkat berat!!!”

Jadikanlah Sabar dan Solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk.[45] (Yakni) orang-orang yang meyakini, bahawa mereka akan menemui Tuhannya dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya[46]

Surah Al-Baqarah : ayat 45-46.

(Kalau orang yang demikian dikira dari bilangan orang-orang yang mendustakan agama), maka kecelakaan besar bagi orang-orang Ahli Sembahyang -[4] (laitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya;[5] (Juga bagi) orang-orang yang berkeadaan riak (bangga diri dalam ibadat dan bawaannya),[6]

Surah Al-Maa’uun ayat 4-6

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud “Berapa banyak orang yang mendirikan solat, tetapi yang di perolehi hanya penat dan letih, kerana mereka itu lalai dalam sembahyangnya.” Nabi s.a.w bersabda lagi yang bermaksud : “Tidak ada habuan bagi seseorang hamba dalam sembahyangnya kecuali sekadar mana yang ia ingat.” Hadis lain dari Rasulullah s.a.w. “Aku selalu mengingati mati dalam sembahyang”. serta “Apabila kamu sembahyang anggaplah sembahyang ini sembahyang perpisahan”.

Rasulullah S.A.W bersabda bermaksud,” Rapikanlah saf semasa solat kerana merapikan saf itu sebahagian dari keelokkan solat.” Riwayat Abu Hurairah

Rasulullah S.A.W bersabda bermaksud’” Luruskanlah saf-saf kamu kerana sesungguhnya meluruskan saf itu sebahagian dari kesempurnaan solat.” Riwayat Anas Bin Malik

Rasulullah S.A.W bersabda bermaksud, “Dalam tubuh manusia itu ada seketul daging, jika daging itu baik maka baiklah jasad. Dan jika daging itu rosak maka rosaklah keseluruhannya. Ketahuilah! Itulah yang dikatakan hati.” Riwayat Imam Bukhari

-Wallahua’lam-

p/s: sekali lg, ini hanyalah analogi semata2, mgkn ada beberapa yg kurang relevan. komen amatlah dialu2kan.

Next Page »